SMK Datuk Haji Abdul Wahab

Usaha Jaya

SMK Datuk Haji Abdul Wahab - Usaha Jaya

SEJARAH

Pengasas : Tun V.T Sambanthan

SMK Datuk Haji Abdul Wahab dibuka pada 11 Januari tahun 1965. Pengasasnya ialah Tun V.T Sambanthan. Pada mulanya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Sungai Siput (U). Bahasa pengantar yang digunakan pada ketika itu adalah Bahasa Inggeris. Setahun kemudian tingkatan empat aliran Melayu telah dimulakan. Pengetua pertama bagi sekolah ini ialah En. J. Madhavan. Pada tahun 1976, nama sekolah telah ditukarkan kepada SMK Datuk Haji Abdul Wahab bersempena nama Menteri Besar Perak yang pertama.